Sorting by

×

Tun Mohd Ali hadir saksi perlawanan akhir sepak takraw

Masa Membaca:46 Saat

DUYONG 19 November – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam hadir menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2023 berlangsung di Dewan Bola Keranjang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Bukit Serindit, di sini, hari ini.

Hadir sama menyaksikan perlawanan akhir adalah Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer serta Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Turut hadir Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Melaka, Datuk Akramuddin Abdul Aziz.

Pentas akhir bagi acara beregu menyaksikan Phitsanulok TC dari Thailand berentap dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sementara itu acara regu menyaksikan dua pasukan tempatan iaitu Negeri Sembilan dan Perak beraksi pada pentas akhir.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1008
Kongsi :
Previous post Gajah liar masuk kampung, penduduk Orang Asli bertempiaran
Next post Melaka iktiraf peranan atlet harumkan nama negeri
Ubah saiz-+=