Sorting by

×

Pengamal media bantu promosi TMM2024 – KM

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 19 November – Pengamal media di Negeri Melaka seperti yang bernaung di bawah Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) menjadi rakan strategik penting dalam membantu Kerajaan Negeri mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kerjasama itu terbukti apabila Melaka kini semakin dikenali sebagai destinasi pelancongan terunggul dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara.

“Saya menghargai PENDIKA yang merupakan sebuah pertubuhan gabungan pengamal media seluruh Melaka yang berusaha dan seiring dengan Kerajaan Negeri memajukan negeri ini.

“Kita berjaya menunjukkan bahawa kesepakatan dibina bersama ini dapat meraih pandangan daripada masyarakat luar melihat Melaka sebagai tumpuan negara yang bakal diterajui dengan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran video ringkas sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-4/2023 PENDIKA yang diadakan di sebuah hotel, di sini, malam tadi.

Mesyuarat agung tahunan itu telah dirasmikan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan.

Hadir sama, Timbalannya Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem; Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin dan Pengerusi Pendika Amir Mamat.

Dalam ucapannya, Ab Rauf turut meminta PENDIKA dan pengamal media lain untuk terus membantu mengenal pasti titik kebolehupayaan Melaka dalam mempromosi TMM2024.

“Saya akan berusaha bersama PENDIKA bagi melihat kebolehupayaan yang boleh diketengahkan untuk mempromosi Melaka khususnya pada tahun hadapan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

704
Kongsi :
Previous post RM57.695 juta bangunkan fasiliti, prasarana bahagian udara bomba
Next post 2024, 2025 tahun penting pengamal media Melaka
Ubah saiz-+=