Sorting by

×

Berkhatan dapat sijil ‘saya sudah besar’

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

DUYONG 15 November – Anak-anak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong yang menyertai Program Sunat Laser Percuma pada 16 Disember depan akan diberikan sijil ‘saya sudah besar’ sebagai tanda mereka berjaya dikhatankan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Noor Helmy Abdul Halem berkata, program julung kali diadakan bagi DUN Duyong itu menyasarkan penyertaan seramai 150 anak-anak.

“Penyertaan terhad kepada anak-anak Duyong berusia dari umur enam tahun dan ke atas, bagi mereka yang bukan penduduk kawasan ini boleh juga hantar anak mereka berkhatan tetapi ada bayaran dikenakan.

“Setakat ini kita sudah terima seramai 110 pendaftaran untuk berkhatan, insya-Allah kita akan capai sasaran tersebut dalam masa beberapa hari ini.

“Selain sijil ‘saya sudah besar’, anak-anak akan disambut dengan paluan kompang, persembahan tarian singa, persembahan badut, perarakan beramai-ramai untuk mandi dan banyak lagi,” katanya kepada Melaka Hari Ini di sini, hari ini.

Katanya, sebelum program berkhatan dilaksanakan, pihaknya juga akan mengadakan kenduri doa selamat pada 14 Disember bagi mendapat keberkatan semasa program dijalankan.

“Terdapat juga gerai ‘photobooth’ untuk anak-anak ini bergambar sebelum atau selepas berkhatan, selain itu untuk menceriakan mereka kita juga menyediakan permainan PlayStation 5 (PS5),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1401
Kongsi :
Previous post Melaka diiktiraf bandar terbersih dalam Malaysia
Next post Polis tunggu laporan kimia lengkapkan siasatan kemalangan babitkan dua kematian Sabtu lepas
Ubah saiz-+=