Sorting by

×

APM Melaka latih lebih 400 sukarelawan baharu, siap siaga hadapi Monsun Timur Laut

Masa Membaca:1 Minit, 46 Saat

AYER KEROH 14 November – Lebih 400 sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka baharu mula menjalani latihan pengurusan bencana setiap minggu bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula Sabtu lalu.

Pengarahnya, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, selain jumlah anggota baharu itu, latihan turut dilaksanakan oleh 531 pegawai dan anggota serta sukarelawan sedia ada di Melaka.

Katanya, antara persiapan dilakukan termasuk menjalankan latihan pemerkasaan Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (ASPA) selain latihan pengurusan bencana banjir dan latihan pengurusan bencana tanah runtuh serta pengendalian enjin dan bot APM.

“Pada tahun ini setakat November, kita telah melatih 440 anggota baharu (sukarelawan) dan bagi 531 pegawai dan anggota serta sukarewalan sedia ada, mereka turut melaksanakan latihan setiap minggu.

“Latihan setiap minggu yang diadakan pada Sabtu dan Ahad melibatkan hampir 80 anggota dari setiap daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Persediaan APM Melaka menghadapi MTL 2023/2024 di Pejabat APM Negeri, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN),

Photo 2023 11 14 12 08 20
KENDERAAN pacuan empat roda antara aset baharu diterima APM Melaka bagi menghadapi Monsun TimurĀ LautĀ 2023/2024

Mengulas lanjut, Kamarulsyah berkata pihaknya turut dibekalkan logistik bagi menghadapi musim tengkujuh yang bermula sejak Sabtu lalu dan dijangka berakhir pada penghujung Mac tahun hadapan.

“Antaranya lima buah lori penyelamat, hampir 30 bot ringan jenis aluminum, fiber dan RIB (Rigid Inflatable Boat), serta sembilan ambulan yang digunakan untuk kes kecemasan ketika bencana.

“Selain itu, turut dibekalkan lapan kenderaan pacuan empat roda (4X4) yang mana dua daripadanya baharu diperolehi dan semuanya diletakkan di daerah bagi melaksanakan operasi bencana.

“Pada minggu hadapan, kemungkinan enam buah motosikal baharu bakal diterima untuk kegunaan Anggota Sukarela Tugas Pejabat (ASTP) melaksanakan Op Ramah bagi pemantauan bencana,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka pada September lalu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membentangkan kawasan ‘hotspot’ bencana di negeri ini.

Katanya, setakat ini kawasan ‘hotspot’ itu masih kekal iaitu 124 kawasan, yang mana 42 di daerah Melaka Tengah, 23 di Alor Gajah dan 59 lagi di Jasin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1201
Kongsi :
Previous post Hantar bantuan guna payung terjun “jalan terakhir” – PBB
Next post Potongan gaji bayaran PTPTN kini secara dalam talian
Ubah saiz-+=