Tragedi Deepavali, seorang maut 10 cedera

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

JASIN 12 November – Perjalanan enam sekeluarga untuk meraikan sambutan Deepavali berakhir tragedi apabila seorang daripadanya maut dalam kemalangan di Jalan Serkam – Bemban petang tadi.

Dalam kemalangan pada jam 5.30 petang itu, seorang warga emas, M Nallamah,  65 yang menaiki kereta jenis Proton Persona maut di lokasi kejadian.

Lima lagi iaitu menantu warga emas terbabit yang memandu kereta berkenaan berusia 41 tahun parah manakala anak lelakinya berusia 45 tahun dan tiga cucunya berusia antara 7 hingga 11 tahun cedera.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata siasatan awal mendapati enam sekeluarga berkenaan dalam perjalanan dari Bemban menghala ke Serkam.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian kereta dinaiki hilang kawalan sebelum memasuki ke laluan bertentangan.

8a0315e2 51ac 47db 9121 4348c784416f
KEMALANGAN di Jalan Serkam – Bemban. Foto ihsan PDRM

“Sebuah lagi kereta jenis Toyota Camry yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak lalu bertembung dengan kereta dinaiki enam sekeluarga itu.

“Akibat rempuhan itu, seorang daripada penumpang Persona maut manakala lima lagi cedera termasuk seorang daripadanya parah.

“Pemandu kereta Camry iaitu seorang lelaki berusia 63 tahun dan empat lagi penumpang termasuk dua kanak-kanak berusia 7 serta 10 tahun cedera,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Ahmad Jamil berkata mangsa yang maut dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasatan.

“Mangsa yang cedera termasuk parah dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

8952
Kongsi :
Previous post Kerajaan kaji syor naikkan harga siling beras putih tempatan
Next post Tok Kenali juara Piala Dana Kasih KOWARA
Ubah saiz-+=