Sorting by

×

300 peluang kerja untuk graduan TVET

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 12 November – Sebanyak 300 peluang pekerjaan ditawarkan untuk graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) menerusi Karnival TVET Melaka 2023 pada 25 dan 26 November ini.

Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, penganjuran karnival itu selaras dengan misi Kerajaan Persekutuan menjadikan TVET salah satu agenda pembangunan insaniah negara.

“Sebelum ini karnival TVET memberi penekanan kepada pendidikan meliputi pelajar dan pelatih daripada sekolah, kali ini kita menyediakan lebih 300 peluang pekerjaan untuk semua lepasan pelajar berkemahiran TVET.

“Ibu bapa yang gusar dengan masa hadapan anak mereka tentang di mana mereka boleh sambung belajar, kesemua institusi TVET di negeri Melaka turut membuka reruai dan anda boleh melakukan permohonan secara terus,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya.

Katanya, lebih 20 majikan sekitar negeri Melaka akan membuka reruai bagi sesi temu duga dan pengambilan secara terus untuk graduan bekerja dalam sektor pilihan mereka.

“Turut disediakan sesi bersama kaunselor yang akan membimbing anda (graduan) dalam pembangunan karier.

“Karnival TVET Melaka 2023 ini diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bermula jam 8 pagi hingga 5 petang, pelbagai aktiviti bermanfaat diperkenalkan pada karnival ini nanti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1980
Kongsi :
Previous post ‘Lemang menu pilihan sambut Deepavali’
Next post Sidang kemuncak bersama Islam dan Arab gesa UNSC segera lakukan gencatan senjata, sekat pengepungan ke atas Gaza
Ubah saiz-+=