Sidang DUN Melaka ditangguhkan
AYER KEROH 8 Nov. – Persidangan Ketiga (Bajet), Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Melaka Keempat Belas tahun 2020 yang dijadual bersidang pada 9 hingga 11 November ditangguhkan ke 9 hingga 11 Disember 2020.
Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Unit Dewan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN) Ahmad Azlan Ahmad Salleh berkata, ia kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke atas Negeri Melaka berkuatkuasa selama empat minggu mulai 9 November hingga 6 Disember 2020.
Sehubungan itu katanya, makluman tempoh embargo bagi risalat dipanjangkan kepada 9 Disember 2020.
“Sehubungan dengan itu, risalat tersebut tidak boleh disiarkan sebelum tarikh tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azlan berkata, pertanyaan-pertanyaan Dewan, Usul dan Ucapan Penangguhan adalah sama dan tiada pindaan.
“Tempoh embargo bagi risalat dipanjangkan kepada 9 Disember 2020, sehubungan dengan itu risalat tersebut tidak boleh disiarkan sebelum tarikh tersebut,” katanya.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA TAWAR DIRI JADI TUAN RUMAH KEJOHANAN RALI ASIA PASIFIK
ASAHAN 21 Disember - Melaka sedia menjadi tuan rumah Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) pada tahun hadapan bersempena Hari Pelancongan...
MIHF’24: ANGKAT MARTABAT ‘FESYEN SANTUN’
AYER KEROH 21 Disember - Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 menjadi medan buat pereka fesyen melebarkan rekaan busana fesyen...
IKAN APA JUARA DI TASIK AYER KEROH ESOK?
AYER KEROH 21 Disember - Ratusan kaki pancing bakal berkampung di Tasik Ayer Keroh, di sini, bersempena Cabaran Joran Melaka...
BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIM AMAT BERMAKNA
BUKIT KATIL 21 Disember - "Tanpa bantuan persekolahan ini memang sukar dan buntu untuk kami kumpul wang membeli kelengkapan serta...
LEBIH BANYAK NASKHAH AGUNG DIPENTASKAN
AYER KEROH 21 Disember - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka menterjemahkan naskhah karya agung yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan,...
SEKTOR HALAL LONJAK NAMA MELAKA DI PENTAS GLOBAL
AYER KEROH 21 Disember - Melaka mahu untuk terus kukuh di pentas global sebagai sebuah Hab Halal Antarabangsa dengan sasaran...