Sorting by

×

Taman permainan interaktif, mesra kanak-kanak autisme

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

AYER KEROH 10 November – Bukan sahaja lebih interakftif malah set permainan juga mesra kanak-kanak autisme, itu ciri-ciri istimewa diketengahkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam melaksanakan kerja naik taraf taman permainan kanak-kanak di Dataran Bandaraya MBMB.

Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata, kerja naik taraf membabitkan kos RM200,000 itu mengambil masa 12 minggu kini siap sepenuhnya dan mula dibuka pengunjung.

Shadan berharap kemudahan baharu itu akan menjadi tarikan khususnya buat keluarga yang mencari lokasi untuk bersantai bersama anak-anak.

“Kawasan ini semua sedia maklum setiap malam terutamanya pada cuti atau hujung minggu akan menjadi tumpuan masyarakat untuk beriadah dan bersantai bersama keluarga oleh sebab itu MBMB mengambil langkah angresif menambah baik padang permainan sedia ada.

“Kerja naik taraf ini membabitkan pemasangan set permainan baharu yang lebih interaktif dan mesra pengguna malah ciri keselamatan turut dipertingkatkan dengan pemasangan lantai jenis ‘EPDM Rubber Flooring’ yang lembut serta bewarna-warni serta sesuai untuk kanak-kanak.

“Malah lebih istimewa set permainan ini juga mesra kanak-kanak austisme yang sensitif kepada sentuhan, pergerakan, penglihatan dan juga bunyian,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Taman Permainan Kanak-Kanak Dataran Bandaraya MBMB yang turut dihadiri Setiausaha MBMB, Ahmad Azlan Ahmad Salleh, di sini, hari ini.

Menurut Shadan, taman permainan kanak-kanak itu juga turut dilengkapi sensori Gerbang Cahaya yang berkonsepkan bentuk poligon bagi membolehkan pengunjung untuk merakam gambar termasuk ‘OOTD’ dan juga swafoto.

“Dengan segala naik taraf yang dijalankan ini kami amat berharap pengunjung dan orang awam untuk sama-sama menjaga kemudahan awam yang disediakan ini dengan baik agar dapat memberi manfaat kepada lebih lamai warga bandaraya dan pengunjung luar datang ke Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4793
Kongsi :
Previous post Cahaya Deepavali buat anak kurang bernasib baik
Next post TMM2024: Persediaan MBMB capai 90 peratus
Ubah saiz-+=