Sembilan SJR di Melaka mulai esok – KM

Masa Membaca:42 Saat

BANDA HILIR 8 Nov. – Sebanyak sembilan Sekatan Jalan Raya (SJR) akan dilaksanakan di negeri ini bermula esok.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, ia melibatkan empat di Daerah Jasin dan lima di Daerah Alor Gajah.

“Sekatan ini rentetan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok sehingga 6 Disember depan.

“Esok sudah ada sekatan jalan raya di Daerah Jasin dan Alor Gajah, semua pintu masuk akan ada sekatan jalan.

“Bila ia dilaksanakan bagaimana pelancongan Negeri Melaka (untuk terus hidup), jadi saya mohon adanya kempen-kempen khusus untuk orang Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Pelancaran Melakan Visit Melaka Packages 2020 di Cafe Stadthuys, hari ini.

Jelas Sulaiman, setakat ini sebanyak 18 pengusaha produk pelancongan turut serta dalam kempen promosi produk pelancongan di Melaka.

Hadir sama, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Saari Basiron.

Views:

857
Kongsi :
Previous post Suspek tikam anjing hingga terburai usus direman
Next post Dua helikopter terhempas, dua maut
Ubah saiz-+=