Sorting by

×

Isi borang maklum balas sebelum balik kampung

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BANDA HILIR 7 November – Penduduk negeri ini khususnya bagi mereka yang menyambut perayaan Deepavali dan meninggalkan kediaman untuk pulang ke kampung atau ingin bercuti disarankan mengisi borang maklum balas balik kampung kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Melaka Datuk Wira Zainol Samah berkata, orang ramai juga boleh memaklumkan ketiadaan mereka di rumah kepada pihak polis menerusi aplikasi ‘Volunteer Smartphone Patrol’ (VSP).

“Masyarakat disarankan untuk memaklumkan pergerakan meninggalkan kediaman atau premis kepada polis ini akan memudahkan kami untuk melaksanakan pemantauan serta rondaan secara kerap di kediaman atau premis ditinggalkan.

“Bagi sambutan perayaan Deepavali ini kita sudah menerima 39 maklum balas pergerakan balik kampung dari orang ramai menerusi aplikasi VSP dan jumlah itu dijangka akan meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kempen Cegah Jenayah Dan Walkabout Sambutan Perayaan Deepavali Tahun 2023 di Kampung Chetti, malam tadi.

Menurutnya, pihak polis sentiasa berusaha keras untuk memenuhi ekspektasi dan harapan masyarakat terhadap perkhidmatan yang disediakan terutamanya dalam aspek pencegahan jenayah.

“Meskipun pihak berkuasa memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan komuniti tetapi tanggungjawab masyarakat juga penting bagi memastikan kejayaan dapat dicapai.

“Penyertaan masyarakat secara aktif dan kejiranan yang kukuh juga amat penting dalam mengawal kegiatan jenayah serta keselamatan di kawasan masing-masing,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

907
Kongsi :
Previous post Terjun tingkap elak dicekup
Next post Indeks jenayah di Melaka sedikit meningkat
Ubah saiz-+=