Ekonomi Melaka terus dijaga

Masa Membaca:41 Saat

BANDA HILIR 8 Nov. – Sektor pelancongan menyumbang 48 peratus kepada sumber ekonomi Negeri Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, manakala sebanyak 38 peratus adalah sektor pembuatan serta industri selebihnya sektor pertanian dan lain-lain.

“48 peratus ini hasilnya datang daripada pelancongan, perhotelan dan sebagainya.

“Apabila terkesan COVID-19 sudah pasti kerajaan negeri tidak akan terus biarkan ekonomi sektor pelancongan jatuh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Pelancaran Melakan Visit Melaka Packages 2020 di di Cafe Stadthuys, hari ini.

Jelas Sulaiman, pelbagai promosi dilaksanakan bagi menarik pelancong domestik untuk terus berkunjung ke Melaka.

“Esok (Isnin) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan sudah pasti tiada lagi rentas negeri.

“Jadi adanya kempen Malakan Visit Melaka ini kita fokuskan kepada orang Melaka untuk datang ke sini dengan potongan sebanyak 50 peratus,” katanya lagi.

Views:

971
Kongsi :
Previous post PKPB: Boleh solat dalam masjid
Next post Suspek tikam anjing hingga terburai usus direman
Ubah saiz-+=