
Kayuhan 50km ‘Menara Taming Sari Fun Ride’ Sabtu ini
AYER KEROH 6 November – Sempena menyambut ulang tahun ke-15, Menara Taming Sari Berhad (MTSB) menganjurkan ‘Menara Taming Sari Fun Ride’ membabitkan kayuhan sejauh 50 kilometer (km) pada 11 November (Sabtu) ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MTSB, Azlan Abidin berkata, peserta boleh mula mengambil baju-t mereka pada 9 November (Khamis) bermula jam 2 hingga 5 petang dan 10 November (Jumaat) bermula jam 8.30 pagi hingga 9 malam di MTSB.
“Program ini sempena ulang tahun ke-15 MTSB, kita harap penyertaan kali ini sangat menggalakkan kerana pelbagai hadiah menarik ditawarkan termasuk cabutan bertuah.
“Kayuhan akan bermula di Menara Taming Sari, Jalan Merdeka, Jalan Laksamana Cheng Ho, Jalan Nekmat, Lorong Omar Baba, Jalan Maktab, Jalan Malim, Jalan AMJ, Jalan Tanjung Minyak.
“Seterusnya di Jalan Batang Tiga, Jalan Tangga Batu, Jalan Lama Balik Bukit, Jalan Pekan Tanjung 2, Lebuhraya Coastal, Jalan Taman Mahajaya dan kembali di Menara Taming Sari,” katanya.
Katanya, setiap peserta akan diberikan t-shirt, ‘goodies bag’, pingat serta sijil penyertaan sebagai kenang-kenangan.
“Diharapkan program ini berjalan dengan lancar dan semua peserta dinasihatkan untuk mengikut peraturan ditetapkan semasa kayuhan serta menjaga keselamatan diri,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...