Sorting by

×

Daging segar RM30 sekilogram terjual dalam 2 jam

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 1 Oktober – “Terkejut juga hanya dalam dua jam sahaja boleh habis terjual, yang tinggal cuma hati itupun tidak sampai sekilogram,” itu kata peniaga daging segar, Iskandar Zulkarnain Abdullah.

Iskandar Zulkarnain antara peniaga yang menyertai Program Jualan Agro Madani @ Cuepacs di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), petang semalam.

Dia yang juga penternak lembu berkata, dia tidak menyangka daging lembu segar termasuk tulang yang dibawa seberat kira-kira 200 kilogram terjual dalam dua jam.

“Saya sampai dalam jam 2 lebih dan belum pun jam 5 petang barang jualan sudah habis. Mungkin ramai yang datang beli kerana harga yang saya tawarkan rendah berbanding di pasaran.

“Untuk di sini, harga jualan bagi daging segar dan juga daging batang pinang dijual dengan harga RM30 sekilogram berbanding di pasaran antara RM38 hingga RM45,” katanya.

Menurutnya yang menetap di Kuala Sungai Baru berkata, permintaan pelanggan di program jualan itu lebih tinggi berbanding di pasar biasa.

“Saya juga berniaga di pasar biasa tetapi trend jualan di sana agak perlahan, sehari agak payah untuk habiskan sebelah bahagian.

“Program ini bukan yang pertama kali saya sertai. Sekiranya FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan)  panggil untuk turut serta saya akan pergi kerana hasil jualan yang diperoleh memberangsang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2649
Kongsi :
Previous post Pelajar Tingkatan 3 meninggal dunia selepas bertarung nyawa
Next post Bayi 12 bulan tidak sedarkan diri dalam jagaan taska di Semabok
Ubah saiz-+=