Sorting by

×

Pelajar Tingkatan 3 meninggal dunia selepas bertarung nyawa

Masa Membaca:55 Saat

SUNGAI RAMBAI 1 November – Remaja lelaki yang parah akibat dirempuh sebuah lori dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) Parit Putat menghembuskan nafas terakhir semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, kematian mangsa, Muhammad Iqram Rosli, yang juga pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai dimaklumkan keluarganya pada jam 2.10 petang.

Katanya, mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar selepas terbabit dalam kemalangan Isnin lalu.

“Proses bedah siasat tidak dijalankan berikutan sebab kematian dikeluarkan doktor yang merawat mangsa disebabkan oleh kecederaan organ dalaman,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sebelum ini, Melaka Hari Ini melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 2.50 petang, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave yang datang dari pekan Sungai Rambai keluar dari simpang lampu isyarat secara tiba-tiba sebelum dirempuh sebuah lori yang dalam perjalanan dari arah Muar menghala ke Jasin.

Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami patah tangan dan cedera parah di badan dan dirawat di zon merah untuk menerima rawatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

9517
Kongsi :
Previous post Pusat beli belah terawal Melaka berwajah baharu
Next post Daging segar RM30 sekilogram terjual dalam 2 jam
Ubah saiz-+=