Azam lahirkan lebih ramai jaguh e-sukan

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

BANDA HILIR 1 November – Kelab Sukan Elektronik Nusa Kesateria, mahu memainkan peranan lebih aktif sebagai peneraju dan menyediakan platform bagi memperkasa serta melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam sukan elektronik (e-sukan) di Melaka.

Presidennya Hafizuddin Othman berkata, bagi merealisaskan hasrat itu pihaknya bercadang untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti agensi dan jabatan kerajaan serta sektor korporat.

Katanya, terbaharu kelab itu menjalinkan perjanjian persefahaman (MoU) bersama pusat beli-belah ElementX Mall menerusi MDSA Resources Sdn. Bhd.

“Kerjasama dengan pelbagai pihak ini bakal merancakkan lagi usaha untuk melahirkan pelapis baharu e-sukan. Bakat yang dicungkil ini akan digilap agar terus matang, sekali gus diberi kepercayaan mewakili Melaka atau Malaysia ke peringkat lebih tinggi.

“Kejohanan e-sukan di negeri ini dijangka semakin rancak pada tahun hadapan. Semua perancangan ini mampu menarik lebih ramai pelawat sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada penganjuran Kejohanan Melaka Esport Saga 2023 di sebuah pusat beli-belah, di sini, baru-baru ini yang dirasmikan Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam.

Mengulas mengenai kejohanan sulung dikendalikan pihaknya Hafizuddin berkata, seramai 491 jaguh e-sukan mengambil bahagian dalam tiga kategori dipertandingan iaitu ‘Mobile Legend Bang-Bang’ (MLBB), ‘PlayerUnknown’s Battleground’ (PUBG) dan ‘eFootball’.

“Selain mencari jaguh, kejohanan seperti ini sebenarnya amat penting dalam usaha kami untuk melahirkan lebih ramai bakat baharu e-sukan yang berkualiti,” katanya

Kategori PUBG Mobile menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM2,500 dengan juara membawa pulang RM1,000, naib juara RM700, ketiga RM500, keempat RM200 dan kelima RM100.

“Sementara itu kategori MLBB menawarkan hadiah keseluruhan RM1,800 dengan juara membawa pulang RM900 diikuti naib juara RM500, ketiga RM250, keempat RM100 dan kelima RM50

“Manakala kategori eFootball Mobile pula menawarkan hadiah keseluruhan RM700 dengan juara membawa pulang RM350, naib juara RM200, ketiga RM100 dan keempat RM50,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

784
Kongsi :
Previous post Ribut tidak jejas operasi Klinik Kesihatan Masjid Tanah
Next post Sasar Program Jualan Agro Madani capai RM100 juta
Ubah saiz-+=