Sorting by

×

Persiapan TMM2024 capai lebih 70 peratus – KM

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDA HILIR 30 Oktober – Berbaki kira-kira dua bulan lagi memasuki tahun baharu, persiapan menyambut Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) mencapai lebih 70 peratus.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, semua aktiviti pelancaran TMM2024 akan diadakan di Sungai Melaka supaya majlis pelancaran di lokasi itu pada malam 31 Disember ini tampak lebih hebat dan menarik.

Katanya, sekiranya diizinkan majlis pelancaran itu turut mendapat liputan secara lintas langsung bersama agensi penyiaran di sebuah wilayah dalam negeri China.

“Jika diizin Allah SWT, pelancaran itu akan diberikan ‘cross over’ (lintas-langsung) ke sebuah wilayah di China yang mempunyai penduduk lebih 60 juta orang.

“Ia sebagai penghargaan hubungan antara China dan Melaka dan pada malam tersebut (malam pelancaran), Melaka diberikan penghargaan untuk disiarkan secara langsung yang akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Pelekat Kenderaan Promosi TMM2024 di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Pelancongan, Seni Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan Timbalannya, Datuk Zaidi Attan serta Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan, Saari Basiron.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

886
Kongsi :
Previous post 1,000 pelajar SMK Munshi Abdullah bergilir ke sekolah
Next post Kerajaan jamin tidak berlaku kenaikan harga ayam secara mendadak – Mohamad
Ubah saiz-+=