
Pembinaan Plaza Tol Genting Highlands di jalan persendirian – LLM
LLM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembinaan tol berkenaan seperti yang tular baru-baru ini berlaku di jalan persendirian dan tidak mempunyai kaitan dengan Lebuhraya bertol Kuala Lumpur-Karak (KL-Karak).
“ … projek pembinaan ini bukan di bawah bidang kuasa KKR/LLM kerana ia bukan jalan yang diwartakan sebagai jalan persekutuan,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman memaklumkan bahawa sebarang usaha projek pembangunan atau kemajuan di tanah persendirian harus mendapat Kebenaran Merancang daripada pihak berkuasa tempatan.
Dalam kenyataan pada 21 Okt, beliau menyatakan Pihak Majlis Perbandaran Bentong dan Kerajaan Negeri Pahang masih tidak menerima apa-apa permohonan berkenaan pembinaan plaza tol itu dan arahan henti kerja telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Bentong.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...