Speaker DUN Melaka tinjau lokasi hakisan pantai

Masa Membaca:25 Saat

MELAKA 7 Nov. – Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh meluangkan masa melawat lokasi hakisan pantai yang sedang dibaik pulih di kawasan Permata Chalet di Pantai Pengkalan Balak hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara Datuk Md Rawi Mahmud.

Pantai Pengkalan Balak merupakan antara pantai yang terjejas akibat hakisan.

Baru-baru ini Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali dilaporkan telah memohon lebih RM30 juta dari kementerian berkaitan bagi menangani isu hakisan pantai di Melaka.

Views:

797
Kongsi :
Previous post Bangun 6 pagi nak jumpa KM
Next post Belanjawan 2021: Tak kecewa M-Wez tak tersenarai
Ubah saiz-+=