Perluas Kem Anak Malaysia ke IPT
MACHAP JAYA 26 Oktober – Penganjuran Kem Kami Anak Malaysia pada masa yang akan datang dicadangkan untuk diperluaskan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini.
Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka, Intan Suhana Yusuff berkata, cadangan itu antara usaha pihaknya dalam meningkatkan penghayatan serta pemahaman mengenai prinsip Rukun Negara dalam kalangan warga universiti.
Katanya, Melaka, Perak dan Kedah menjadi tiga negeri di Malaysia yang dipilih bagi penganjuran program berkenaan yang setakat ini hanya membabitkan peserta dalam kalangan sekolah menengah sahaja.
“Cadangan untuk perluaskan program ini ke IPT adalah perkara yang amat bagus. Malah kami juga sudah ada Sekretariat Rukun Negara dan Duta Perpaduan yang dipelopori pelajar IPT.
“Kami lihat penambahbaikan perlu dilaksanakan membabitkan modul-modul digunakan dan diserap ke siri berikutnya ,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kem Anak Malaysia Peringkat Negeri Melaka di Kem Wawasan Negara Alor Gajah, di sini, hari ini.
Program tiga hari dua malam bermula 24 Oktober itu disertai 80 ahli Kelab Rukun negara mewakili 20 sekolah membabitkan pelbagai bangsa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MAYAT LELAKI DALAM BAGASI DISYAKI WARGA ASING – POLIS
KUALA LUMPUR 11 Disember - Mayat lelaki yang ditemukan dalam sebuah bagasi di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, Kajang...
CABARAN JORAN MELAKA TAWAR HADIAH RM30K
AYER KEROH 11 Disember - Kaki pancing dipelawa untuk menyertai Cabaran Joran Melaka yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah...
ROTI CANAI, TEH TARIK 50 SEN DI RESTORAN HABEEB SULTAN
BUKIT BARU 11 Disember - Cuma belanja RM1, pelanggan berkunjung ke Restoran Habeeb Sultan, Bukit Baru boleh menikmati teh tarik...
51 LAPORAN PENIPUAN FOREX LIBATKAN KERUGIAN LEBIH RM12 JUTA
KUALA LUMPUR 11 Disember - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menerima 51 laporan polis berhubung skim penipuan pelaburan...
POLIS CARI PELANCONG CHINA YANG HILANG DI KLCC SEJAK AHAD
KUALA LUMPUR 11 Disember - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang pelancong warga China yang dilaporkan hilang sejak...
SUMBANGAN MAKMURKAN MADRASAH
AYER KEROH 11 Disember - Kemudahan bagi keselesaan orang ramai di institusi ilmu dan ibadat di negeri ini turut mendapat...