Sorting by

×

95 peratus usahawan MAFI aktif

Masa Membaca:58 Saat

MERLIMAU 9 Mac. – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) merekodkan 95 peratus usahawan di bawah program agropreneur muda masih aktif di seluruh negara setakat ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, sejak diperkenalkan pada 2016, pendapatan kesemua usahawan yang aktif itu menunjukkan peningkatan melebihi RM5,000 sebulan.

Katanya, baki lima peratus usahawan yang tidak lagi aktif berikutan terdapat kekangan termasuk beralih bidang.

“Program agropreneur muda bukan sahaja terhad kepada sektor pertanian, malah merangkumi sektor perikanan, ternakan dan industri makanan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Lawatan Kerja Agropreneur Muda di Seri Chendana Resort, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad menyarankan supaya lebih ramai golongan muda mengemukakan permohonan bagi mendapatkan Geran Agropreneur Muda (GAM).

“Di Melaka sepanjang tahun 2020, sejumlah RM1.15 juta GAM telah diluluskan meliputi seramai 60 usahawan.

“Daripada jumlah itu untuk Parlimen Jasin saja ada 26 usahawan yang menerima GAM pada hari ini,” katanya lagi.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur Negeri, Datuk Roslan Ahmad merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau dan Pengarah Unit Agropreneur Muda MAFI, Mohammad Ezri Shamsuddin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

448
Kongsi :
Previous post 3 Divisyen ATM utamakan pegawai dan anggota tentera terlibat Op Penawar dan Op Benteng
Next post Air tebu, kelapa laris pada musim panas
Ubah saiz-+=