
94.5 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi
KUALA LUMPUR 24 Okt – Sebanyak 22,126,379 atau 94.5 peratus kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima vaksinasi COVID-19 setakat malam tadi (23 Okt), menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi portal COVIDNOW.
Dalam tempoh sama, sejumlah 97.4 peratus atau 22,808,491 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sejumlah 113,547 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam melibatkan 94,354 suntikan dos lengkap dan 11,016 suntikan dos pertama menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 48,944,761.
Setakat semalam juga, sebanyak 1,533,774 atau 48.7 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap vaksin manakala 80.9 peratus atau 2,547,162 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Selain itu, sejumlah 8,177 dos penggalak vaksin COVID-19 (booster) diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 93,151.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...