Sorting by

×

93 PROGRAM SEPANJANG 2 MINGGU W.R.U.R DUN PENGKALAN BATU

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

BANDARAYA MELAKA 6 Februari – Sebanyak 93 program bakal diadakan sepanjang 14 hari berlangsungnya Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin berkata, pelaksanaan program itu adalah kerjasama daripada pelbagai agensi termasuk juga daripada Japerun Pengkalan Batu.

Beliau yang juga Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri berkata, W.R.U.R DUN Pengkalan Batu yang akan bermula pada 10 hingga 23 Februari ini adalah siri kedua selepas W.R.U.R DUN Kuala Linggi pada bulan lalu.

“Secara keseluruhan kita sudah susun sebanyak 93 program yang akan dilaksanakan dalam tempoh 14 hari itu yang mana ia akan diadakan di pelbagai lokasi bukan hanya tertumpu di Japerun Pengkalan Batu sahaja.

“Selain pameran, lawatan turun padang, kenduri rakyat, kita ada juga ziarah kasih dan baik pulih rumah. Untuk W.R.U.R DUN Pengkalan Batu sebanyak tiga buah rumah terpilih untuk dibaik pulih,” katanya.

Beliau demikian ketika ditemui selepas Temu Bual Eksklusif Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat DUN Pengkalan Batu di MelakaFM, di sini, hari ini.

Menurut Kalsom, kepelbagaian program yang diadakan itu secara tidak langsung dapat memberi peluang untuk menyantuni denyut nadi rakyat.

“Untuk W.R.U.R DUN Pengkalan Batu ini kita adakan juga pertandingan sukan iaitu Pertandingan Badminton Piala YB Datuk Kalsom Noordin, Pertandingan Sepak Takraw dan Pertandingan Futsal.

“Kita mahukan semua orang di DUN Pengkalan Batu ini mendapat manfaat daripada penganjuran W.R.U.R yang dijalankan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

82
Kongsi :
Previous post MALAYSIA TOLAK PEMINDAHAN WARGA PALESTIN SECARA PAKSA
Next post BAZAR IKONIK BANDA HILIR BAKAL JADI TUMPUAN MAC INI