
91,317 pegawai dan anggota PDRM selesai suntikan vaksin COVID-19
KUALA LUMPUR 8 Jun – Sebanyak 91,317 atau 79.76 peratus anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat Ahad lalu.
Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Ramli Din berkata baki 23,179 terdiri daripada pegawai dan anggota kini dalam proses menyelesaikan vaksinasi mereka.
PDRM mempunyai seramai 114,496 pegawai dan anggota.
“Seramai 10,670 pegawai kanan telah menerima kedua-dua dos vaksin, 859 telah mendapat dos pertama dan sedang menunggu dos kedua, manakala 1,566 belum menerima vaksin.
“Sementara itu 80,647 anggota telah menerima dos pertama; 6,106 mendapat dos pertama dan masih menunggu dos kedua manakala 14,648 masih lagi belum menerima vaksin,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...