
91 peratus pencapaian PSMJ 2035
SERI NEGERI 10 Jan – Sebanyak 91 peratus pencapaian keseluruhan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya (PSMJ) 2035 berjaya dicapai sehingga 30 Disember tahun lalu.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, pelan itu melibatkan 31 strategik, 130 Quick Win dan 64 symbolic action di bawah lapan flagship.
“Melibatkan 31 strategik, 130 quick win, dan 64 simbolik action di bawah lapan (8)) flagship PSMJ 2035, iaitu pertama, Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ), kedua, Pengurusan Air Mampan, ketiga, Pembangunan Bersasar, keempat, Digital Melaka, (dan) kelima, Melaka Negeri Usahawan.
“Keenam, Melaka Negeri Pelancongan, ketujuh, Melaka Hub Pendidikan dan kelapan, Melaka Sejahtera meliputi Perpaduan, Kesihatan, Belia dan Sukan.
“Pencapaian keseluruhan PSMJ 2035 sehingga 30 Disember 2021 adalah 91 peratus! Syabas dan tahniah kepada semua,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 di Auditorium Seri Negeri, hari ini.
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari dan barisan Exco Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...