Sorting by

×

90 TASKA, TADIKA dan TABIKA di Melaka beroperasi seperti biasa

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 11 Mei. – Sebanyak 98 taman asuhan kanak-kanak (TASKA) dan taman bimbingan kanak-kanak (TABIKA) serta taman didikan kanak-kanak (TADIKA) yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di negeri ini dibenarkan beroperasi seperti biasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Pengarah JKM Melaka Burhanuddin Bachik berkata, semua pusat didikan itu bagaimanapun dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana dipraktikkan sebelum ini sejak COVID-19 melanda negara tahun lalu.

PENGARAH JKM Melaka Burhanuddin Bachik.

Katanya, bagi memastikan pematuhan dilaksanakan, pegawai JKM diberikan kuasa untuk memantau pengurusan tenaga pengajar dan kanak-kanak dalam pusat berkenaan.

“Laporan pemantauan akan dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk perhatian selanjut,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata laporan pemantauan oleh JKM negeri turut dilakukan setiap hari sebelum laporan dihantar ke Ibu Pejabat JKM.

“Ia bagi memastikan semua pengusaha pusat jagaan itu mematuhi SOP ditetapkan MKN dan KKM,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin menerusi kenyataan media mengumumkan PKP 3.0 dikuatkuasakan di seluruh negeri bermula esok hingga 7 Jun.

Menurut kenyataan itu, semua institusi pendidikan tidak dibenarkan beroperasi namun pengecualian diberikan kepada pusat jagaan kanak-kanak bagi membantu urusan kerja ibu bapa atau penjaga sepanjang tempoh itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

943
Kongsi :
Previous post Pasar sesak, pengunjung sanggup ‘bersidai’ lepas subuh beli ‘stok’ raya
Next post Harga daging kekal RM34 legakan pengguna
Ubah saiz-+=