Sorting by

×

90 INISIATIF BUKTI KOMITMEN KERAJAAN MELAKA UNTUK RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SERI NEGERI 25 April – Pencapaian lebih daripada 90 inisiatif dalam tempoh dua tahun menerajui Kerajaan Negeri Melaka mencerminkan komitmen jitu pentadbiran negeri yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam berkata, pencapaian itu juga merupakan manifestasi daripada usaha gigih serta perancangan strategik jentera pentadbiran Kerajaan Negeri dalam mencorak Melaka ke satu tahap lebih baik.

“Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan negeri yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka atas kejayaan negeri melaka mencapai lebih daripada 90 inisiatif dalam tempoh dua tahun ini.

“Pencapaian ini merupakan manisfestasi daripada usaha gigih, perancangan strategik serta komitmen berterusan Ketua Menteri bersama seluruh jentera pentadbiran negeri dalam mentransformasikan melaka ke arah negeri maju, berdaya saing dan sejahtera.

“Semoga Ketua Menteri serta barisan kepimpinan dikurniakan kesihatan yang baik dan kekuatan untuk terus membawa Negeri Melaka menuju kejayaan yang lebih gemilang di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas di Dewan Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

479
Kongsi :
Previous post MELAKA TERUS MAJU, BERJAYA DI BAWAH KEPIMPINAN AB RAUF – TYT
Next post SEGERAKAN PEMBINAAN HOSPITAL WANITA DAN KANAK-KANAK