9 masjid, 22 surau terima sumbangan kurma

Masa Membaca:57 Saat

PANTAI KUNDOR 23 Mac – Sebanyak sembilan buah masjid dan 22 surau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor menerima sumbangan kurma dan air mineral.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor Tuminah Kadi @ Mohd Hasim berkata, sumbangan itu diberikan bersempena Ramadan 1444 Hijriah yang jatuh pada hari ini.

Menurut Tuminah atau mesra disapa Kak Ina, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada aktiviti beliau sebagai wakil rakyat bersama warga kerja Japerun Pantai Kundor bagi menyemarakkan kehadiran bulan mulia ini.

“Kita mengagihkan 310 kilogram (kg) kurma dan 310 katon air mineral yang mana setiap masjid dan surau akan menerima 10 kg kurma dan 10 karton air mineral.

“Selain itu, kita juga akan menyokong segala aktiviti dan perancangan masjid serta surau sempena Ramadan.

“Untuk itu kita menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada masjid dan RM500 kepada surau di bawah DUN Pantai Kundor,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Tambah Tuminah, selain sumbangan itu, pihaknya juga tidak akan sesekali melupakan golongan asnaf dan fakir miskin sepanjang Ramadan ini.

Katanya, beberapa program penyampaian sumbangan akan diadakan bagi meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan menjelang ketibaan Aidilfitri bulan depan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2181
Kongsi :
Previous post Jamiah impi wujudkan ‘bakery anak istimewa’
Next post Hayati falsafah Ramadan – Mufti Melaka
Ubah saiz-+=