Sorting by

×

88 peratus populasi dewasa divaksinasi sepenuhnya

Masa Membaca:56 Saat

KUALA LUMPUR 5 Okt – Sebanyak 20,603,249 individu atau 88 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 masing-masing setakat semalam.

Perkembangan terbaru itu menjadikan sasaran untuk mencapai 90 peratus vaksinasi dewasa kini tinggal kira-kira 2.2 peratus.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW, 94.4 peratus atau 22,098,764 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat semalam juga, sebanyak 114,124 atau 3.6 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Perincian itu juga memaklumkan sebanyak 221,812 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 126,433 dos pertama dan 95,379 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 44,573, 891 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

Sementara itu, dua kes kematian harian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan kedua-duanya membabitkan kematian di luar hospital (BID) menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini 26,759.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

305
Kongsi :
Previous post Peniaga dakwa rugi RM139,500 ditipu Macau Scam
Next post SOP ketat jika PRN Melaka diadakan- Ismail Sabri
Ubah saiz-+=