Sorting by

×

87 mangsa terperangkap banjir di Lubok China diselamatkan

Masa Membaca:55 Saat

LUBOK CHINA 18 Dis- Hujan lebat berterusan sejak jam 2 petang semalam menyebabkan air Sungai Rembau melimpah sehingga mengakibatkan Lubok China dan kawasan sekitar dilanda banjir.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, susulan kejadian itu, seramai 87 mangsa telah diselamatkan dan dipindahkan ke kawasan selamat.

Katanya, antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir termasuk di Kampung Telok Berembang, Taman Wira Indah, Kampung Tirian Bintangor dan Pekan Lubok China.

“Dalam operasi menyelamat itu seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah dan Alor Gajah telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memindahkan semua mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak enam kenderaan pacuan empat roda 4×4, sebuah lori angkut dan bot aluminium digunakan dalam misi menyelamat mangsa bencana itu.

“Semua mangsa yang terlibat dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Berembang

“Setakat ini seramai 83 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di PPS berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, dalam keadaan cuaca hujan berterusan, jumlah mangsa yang akan dipindahkan mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1549
Kongsi :
Previous post Hujan lebat berterusan di Kelantan, Pahang sehingga esok
Next post Kemalangan Lebuhraya Elite: PM Ismail Sabri ucap takziah