
85 kediaman di Melaka terjejas banjir kilat
MELAKA 29 Julai – Hujan lebat yang melanda awal pagi tadi menyebabkan lebih 80 buah rumah di sekitar Melaka Tengah dinaiki air.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima laporan terdapat empat kawasan terjejas dan tiga daripada adalah di kawasan Bandar Melaka.
“Kawasan yang terjejas adalah di Kampung Pengkalan Rama Pantai, Banda Kaba, Kampung Air Leleh dan juga Kampung Baru Bukit Katil.
“Banda Kaba merekodkan bilangan rumah terjejas paling banyak dengan 35 buah, manakala Kampung Pengkalan Rama Pantai sebanyak 30 rumah dan 12 rumah di Kampung Air Leleh manakala Kampung Baru Bukit Katil pula dilaporkan lapan buah rumah terkesan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 85 buah rumah,” katanya.
Turut dimaklumkan, anggota APM kini sedang melakukan rondaan di kawasan berisiko banjir selain berada dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan keadaan luar jangka.
“Pada waktu ini hujan sudah berhenti dan air mulai surut bagaimanapun rondaan masih diteruskan.
“Untuk waktu ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan mangsa,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...