Sorting by

×

81 PERATUS INISIATIF BAJET 2025 MELAKA MULA DILAKSANA

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SERI NEGERI 28 April – Sebanyak 81 peratus daripada keseluruhan 161 inisiatif di bawah Bajet 2025 Negeri Melaka melibatkan semua portfolio exco sudah mula dilaksanakan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata inisiatif itu membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam merealisasikan pembangunan terancang dan kesejahteraan rakyat.

“Menerusi pembentangan bajet 2025 yang lalu, Kerajaan Negeri mengangkat tema ‘Memangkin Pembangunan Terancang, Membina Masa Depan Gemilang’ selari dengan aspirasi membawa Melaka ke arah negeri mampan dan inklusif.

“Antara inisiatif utama yang sedang berjalan termasuklah Bantuan Melaka Sara Rakyat (MESRA) Am, Insentif Pra-Perkahwinan, MBIO Sihat, MESRA Ambulans serta pelbagai inisiatif pendidikan turut dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan Usul Terima Kasih Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka pada Persidangan Pertama, Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas di Seri Negeri di sini, hari ini.

Dalam pada itu Ab Rauf berkata baki 19 peratus inisiatif kini berada pada peringkat awal pelaksanaan. Ini termasuk pelaksanaan Tabung Bantuan Dialisis Negeri Melaka, Program Pembangunan Anak Autisme serta Program 1 PBT 1 Ambulans.

“Kerajaan Negeri kekal komited memastikan kesemua inisiatif ini dapat direalisasikan sepenuhnya dalam tahun 2025, demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan berterusan Negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

269
Kongsi :
Previous post KEMASUKAN PELANCONG KE MELAKA MELALUI LALUAN UDARA DAN AIR MENINGKAT
Next post MELAKA JADI TERAWAL SESUAIKAN DIRI DENGAN REALITI EKONOMI BAHARU – KM