800 penduduk Rembia terima manfaat Jualan Rahmah
REMBIA 25 November – Seramai 800 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia menerima manfaat potongan harga barangan keperluan sehingga 30 peratus menerusi program Jualan Rahmah Kasih Sayang Bergerak, baru-baru ini.
Penyelaras DUN Rembia, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, insiatif itu secara tidak langsung membantu rakyat membeli barang dapur dengan harga yang murah.
“Jalan Rahmah di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ini dapat sambutan menggalakkan yang mana pengunjung mula beratur seawal jam 8 pagi.
“Dengan diskaun harga jualan hingga 30 peratus, orang ramai berpeluang mendapatkan barang keperluan sekali gus menjimatkan kos mereka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Terdahulu Fairul Nizam berkesempatan singgah di Jualan Rahmah yang diadakan di Pekan Rembia untuk beramah-mesra dan menyantuni pengunjung yang hadir.
Dalam pada itu, Fairul Nizam meminta Jualan Rahmah dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu lebih ramai rakyat yang memerlukan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
RV LONJAK EKONOMI PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 19 Januari - Kerajaan Negeri giat berusaha melonjakkan ekonomi pelancongan negeri melalui tarikan baharu Recreational Vehicle (RV) yang kini...
MELAKA ANJUR JAMBOREE KARAVAN TERBESAR SEPTEMBER DEPAN
DUYONG 19 Januari - Lebih 1,000 peminat karavan dijangka akan berkampung di Melaka bagi memeriahkan program Jamboree Karavan, September depan....
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...
W.R.U.R: MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU, INTERNET PERCUMA UNTUK RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Telok Gong, di sini, bagi menambah baik jaringan...