80 peratus rakyat perlu terima vaksin menjelang Mac 2022

Masa Membaca:1 Minit, 51 Saat

DURIAN TUNGGAL 4 April – “Itu pilihan mereka (UMNO) tidak menjadi masalah, kalau kita lihat nak dibubar (Parlimen) pun kerajaan akan terus berfungsi atas sebab kuasa ketika ini adalah di bawah Yang di-Pertuan Agong,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau ditanya kenyataan Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman melalui Free Malaysia Today (FMT) sebelum ini bahawa ahli UMNO akan melepaskan jawatan masing-masing dalam kerajaan termasuk jawatan menteri, timbalan menteri dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menjelang Ogos depan.

Ia susulan Perhimpunan Agung UMNO lalu untuk menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Ogos jika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih gagal membubarkan Parlimen dalam tempoh itu.

Mohd Redzuan berkata, kerajaan tidak akan berkompromi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum kebanyakan rakyat diberi vaksinasi COVID-19.

Katanya, fokus kerajaan adalah memastikan kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan termasuk fasa kedua yang dilaksanakan pada 19 April ini.

“Jadinya, dalam program nasional bulan dua atau tiga tahun 2022, kita harapkan 70 ke 80 peratus rakyat Malaysia sudah diberi vaksinasi COVID-19.

“Dan sekiranya itu tercapai terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atau Parlimen yang bersidang ketika itu untuk membawa usul membubarkan Parlimen.

“Jika ada parti nak ‘resign’ tiada masalah, saya tak rasa kerajaan tumbang iaย bergantung pada Parlimen ataupun budi bicara Yang di-Pertuan Agong dalam keadaan hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Jelajah Pak Wan Prihatin DUN Durian Tunggal di Kedai Makan En Nasir Kampung Pantai Belimbing, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata setakat hari ini Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) atau MAEPS 2.0 masih menjalankan operasi seperti biasa.

“Tetapi kita mempunyai kapasiti yang lebih untuk menampung orang yang dijangkiti atau mereka yang disyaki (PUI) dijangkiti penyakit berjangkit atau kontak kepada kes (PUS) terutamanya yang tak bergejala.

“Mana yang bergejala kita hantar ke pusat kuarantin yang kita dah tetapkan di hospital dan sebagainya.

“Trend di MAEPS kita nampak menurun, terima kasih kepada rakyat yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan ramai daftar MySejahtera untuk diberi vaksinasi COVID-19,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

631
Kongsi :
Previous post 15 cedera selepas bas ekspres terbabas di bahu jalan selepas Terowong Menora
Next post Penceramah luar Melaka belum dibenarkan
Ubah saiz-+=