Sorting by

×

80 individu terima bintang dan pingat kebesaran MGBM ke-41

Masa Membaca:47 Saat

SERI NEGERI 13 Mac – Pengerusi Jawatankuasa Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen mendahului senarai 80 penerima bintang dan pingat kebesaran Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) kali ke-41.

Mohd Rafiq dikurniakan Pingat Bakti Belia (PBB) daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Seri Utama, Kompleks Seri Negeri, di sini.

Turut menerima pingat sama, Pegawai Daerah Daerah Melaka Tengah, Datuk Shamsul Ambia Abdul Aziz; Pegawai Daerah Jasin, Datuk Anis Ali Hasan dan Pegawai Daerah Alor Gajah, Rahizi Ranom.

Senarai penerima lain yang turut menerima penganugerahan PBB termasuk Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Wilayah Persekutuan, Asmori Sa’ahari; Pengarah JBS Melaka, Noorman Ramlan dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Jabatan Ketua Menteri, Sa’ari Basiron.

Majlis penganugerahan bintang dan pingat kebesaran MGBM dizahirkan bagi mengiktiraf jasa dan bakti diberikan individu kepada MGBM.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1444
Kongsi :
Previous post PDRM arah pertukaran 71 pegawai kanan
Next post ‘Gerobok Rezeki’ dilancarkan, sasar bantu golongan memerlukan
Ubah saiz-+=