Sorting by

×

8 pelajar Australia berkampung di Melaka teroka budaya tempatan

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

BANDARAYA MELAKA 7 Disember – Lapan pelajar Sekolah Perniagaan dan Undang-undang, Edith Cowan University (ECU) Asutralia ditempatkan di Melaka bagi meneroka pengalaman budaya dan bahasa di Melaka.

Penempatan semua pelajar dari negara itu adalah program mobiliti pelajar dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan (DFAT) Kerajaan Australia.

Dalam kenyataan dikeluarkan UiTM Melaka, Program Mobiliti Pelajar New Colombo Plan (NCP) yang berlangsung selama 14 hari itu mampu meningkatkan pengetahuan peserta mengenai rantau Indo-Pasifik untuk menyelami mekanisme mikro kewangan dalam menyokong usahawan tempatan di Malaysia.

Selain lawatan budaya ke Kuala Lumpur dan Banda Hilir, lawatan kampus dan kelas Bahasa Melayu di UiTM pertemuan bersama institusi kewangan tempatan seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan SME Bank turut dilaksanakan sepanjang tempoh terbabit.

“Fokus utama program ini adalah untuk meneroka mekanisme mikro kewangan dan keusahawanan, serta mengetahui bagaimana skim kewangan ini dapat membantu usahawan tempatan kecil yang kurang mendapat akses kepada sumber dana tradisional.

“Program yang dijalankan ini memberikan pengalaman holistik kepada pelajar mengenai bahasa dan budaya di negara Malaysia terutama negeri Melaka. Lawatan ini menekankan pertukaran budaya, membolehkan pelajar berinteraksi dengan komuniti tempatan, menyelami warisan Malaysia dan menyaksikan peranan pelancongan dan hospitaliti dalam pembangunan sosio-ekonomi.

“Pihak UiTM Melaka ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Australia atas kerjasama yang telah memberikan impak besar kepada kedua-dua belah pihak dan berharap inisiatif ini akan menjadi pemangkin agar lebih banyak projek pemindahan ilmu diperkasa untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi penduduk tempatan serta mendorong inisiatif penglibatan komuniti oleh universiti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

986
Kongsi :
Previous post Bajet Melaka 2024: Produk baharu pelancongan rancakkan TMM2024
Next post Lebih RM33 juta kerugian tipu dalam talian di Melaka
Ubah saiz-+=