
8 kematian lagi akibat COVID-19 hari ini
AYER KEROH 11 Julai – Lapan lagi kematian direkodkan di Melaka, hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 203.
Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), empat daripada jumlah kes kematian itu membabitkan lelaki berusia antara 53 hingga 73 tahun di daerah Melaka Tengah.
Katanya, satu lagi kes di daerah sama melibatkan seorang wanita berusia 57 tahun.
“Dua lagi kes kematian di Jasin melibatkan lelaki dan wanita berusia 65 dan 72 tahun,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, sebanyak 278 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes aktif di negeri ini sebanyak 3,257.
“Berdasarkan jumlah itu, 187 kes direkodkan di daerah Melaka Tengah manakala 51 kes di daerah Jasin dan 40 lagi di daerah Alor Gajah.
“Selain itu sebanyak 159 kes dilaporkan sembuh hari ini,” katanya.
Dalam pada itu, JKN turut memaklumkan Kluster Jalan Alor Gajah Lama yang merebak daripada aktiviti keagamaan di surau diisytiharkan tamat hari ini dengan jumlah kumulatif 31 kes.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...