Sorting by

×

79 PROGRAM WARNAI WRUR LENDU 18-31 MEI DEPAN

Masa Membaca:1 Minit, 38 Saat

LENDU 13 April – Sebanyak 79 program disusun bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu yang dijadual berlangsung 18 hingga 31 Mei depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, program-program itu memberi fokus kepada penambahbaikan infrastruktur, kebajikan dan keperluan rakyat di kawasan itu.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka Ke-12 memaklumkan, segala persiapan kini sedang bermula bagai memastikan manfaat dan impak WRUR dapat dirasai penduduk dan masyarakat di sekitar DUN Lendu.

“Pada awalnya tarikh yang dirancang untuk WRUR Lendu adalah pada November, namun ia terpaksa diawalkan dan diperingkat Japerun kita telah bersiap sedia awal untuk melakukan persiapan menjelang program tersebut.

“Kali ini WRUR sedikit berbeza kerana dalam dua minggu, ia melibatkan dua DUN serentak iaitu Lendu dan Sungai Udang, jadi segala program dan aktiviti perlu disusun sebaik mungkin.

“Tumpuan akan diberikan terhadap aspek infrastruktur terutamanya membabitkan jalan-jalan kampung yang perlu diturap, selain kebajikan rakyat seperti dalam sudut baik pulih atau bina baharu rumah khusus untuk golongan memerlukan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Lendu di Kompleks Japerun Lendu, di sini, malam tadi.

Majlis itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.

Menurut Sulaiman, kemuncak WRUR Lendu akan diadakan pada sebelah pagi, 31 Mei depan bertempat di perkarangan Kompleks Japerun Lendu.

Jelas beliau, pelbagai acara dan program sudah disusun khusus untuk rakyat di kawasan itu, antaranya kenduri rakyat, kaunter jabatan dan agensi, sukan tradisional serta lain-lain lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

628
Kongsi :
Previous post PELUNCURAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 DI MELAKA PADA SEPTEMBER
Next post RAYA MERIAH, HARMONI DI KLEBANG