
76.2 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19
KUALA LUMPUR 16 Sept. – Sebanyak 76.2 peratus atau 17,833,355 individu daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan 92.5 peratus atau 21,719,553 individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino.
Sementara itu, sebanyak 39,234,306 dos suntikan vaksin telah diberikan setakat semalam termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos.
“Semalam, sebanyak 248,410 dos vaksin telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),” menurut JKJAV.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...
TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI
AYER KEROH 17 April - Kerajaan Negeri akan melancarkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0 pada 31 Disember depan, kata Ketua...
MAIM SEDIA SUMBANGAN UNTUK MUALAF MELAKA TUNAI HAJI
KESIDANG 17 April - Mualaf di Negeri Melaka yang terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini dipelawa memohon Sumbangan Menunaikan...