Sorting by

×

72 majikan abai keselamatan sosial pekerja didakwa

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

KUALA SUNGAI BARU 29 Julai – Gagal mendaftarkan perusahaan dan pekerja, tidak mencarum dan melaporkan kemalangan pekerja antara kesalahan dilakukan 72 syarikat dan perusahaan di negeri ini.

Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Melaka Abd Razak Omar berkata, kesalahan itu didakwa mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan direkodkan dari Januari hingga bulan ini.

Jelasnya, daripada jumlah itu 51 kes didakwa mengikut Akta Keselamatan sosial 1969 (Akta 4) manakala 21 lagi di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).

“Ada syarikat menolak gaji pekerja mereka, namun wang caruman yang dipotong tidak disalurkan kepada PERKESO.

“Daripada 51 kes itu, 15 kes yang dibawa kepada pendakwaan adalah berkaitan kesalahan tidak melaporkan kemalangan di tempat kerja.

“Jadi, kita minta pekerja membuat aduan sekiranya majikan mereka tidak mencarum, dan Perkeso tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas,” katanya.

Abd Razak berkata, pihaknya memandang serius kes majikan di negeri ini yang mengabaikan tanggungjawab bagi melindungi dan memastikan keselamatan pekerja mereka.

“Kesemua majikan yang menggaji sekurang-kurangnya seorang pekerja diwajibkan untuk mendaftar mengikut Seksyen 4 dan Seksyen 5 Akta 4 serta Seksyen 14 dan Seksyen 16 Akta 800.

“Kita memandang serius perkara ini kerana masih ada segelintir majikan memberikan alasan tidak mempunyai wang untuk membayar caruman sedangkan kadar dikenakan carumah adalah sangat rendah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

393
Kongsi :
Previous post SUK Melaka bersara hari ini
Next post Lebih 110 Ahli Parlimen masih sokong kerajaan – TPM
Ubah saiz-+=