7,000 berhimpun meriahkan Program Masjid Tanah Berselawat

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

AYER LIMAU 29 Oktober – Lebih 7,000 umat Islam berhimpun melafazkan selawat dan qasidah ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW pada Program Masjid Tanah Berselawat Malam Cinta Rasul di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, di sini, malam tadi.

Majlis diraikan penuh kesyukuran kali ini merupakan kesinambungan Negeri Melaka meraikan sambutan Maulidur Rasul dengan berselawat keatas Nabi Muhammad SAW.

Umat Islam mula memenuhi lokasi penganjuran seawal jam 6.30 petang dan progam dimulakan dengan kira-kira 200 peserta perarakan Maulidur Rasul terdiri daripada Kontinjen Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Masjid Tanah.

Photo 6192564417120548666 Y
SUASANA orang ramai yang hadir ke Majlis Masjid Tanah Berselawat Malam Cinta Rasul Tahun 2023 di Sekolah Kebangsaan Jeram, Masjid Tanah. Foto Iqmal Haqim Rosman

Majlis ilmu disambut penuh keberkatan diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang diiringi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; barisan Exco dan Timbalan Exco; ketua jabatan serta agensi Kerajaan Negeri.

Photo 6192564417120548669 Y
UMAT Islam mengaminkan doa. Foto Iqmal Haqim Rosman

Acara kemudian diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Imam Sheikh Abdul Karim Omar Al Makki diikuti ceramah disampaikan Ustaz Syamsul Debat.

Alunan gemersik selawat dan qasidah ke atas Nabi Muhammad SAW, mula bergema pada majlis itu menerusi persembahan Ahababul Syam dari Syria yang diketuai Sheikh Khalid Yaman bersama Kumpulan Qasidah Nur Ahli Badar.

Pada kemuncak program itu tetamu kehormat dijemput ke pentas utama bagi bersama-sama berselawat sebelum ditutup dengan doa maulid.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2944
Kongsi :
Previous post Badrul Muhayat sering bercakap soal kematian – sahabat
Next post Perluas program selawat dan qasidah di seluruh Parlimen
Ubah saiz-+=