70 rumah rosak dilanda ribut di Kuantan

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

KUANTAN 26 Mac. – Sebanyak 70 rumah di kawasan Kampung Balok dan Taman Balok Baru di sini, rosak akibat dilanda ribut dan hujan lebat petang semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuantan Kapten (PA) Zaubidah Said berkata, kejadian berlaku antara 5 petang hingga 7 malam dengan kesemua rumah mengalami kerosakan pada bahagian bumbung susulan angin kencang.

“Buat masa ini, tiada laporan membabitkan individu yang cedera dan pusat pemindahan juga tidak dibuka kerana penduduk terjejas masih memilih untuk tinggal di kediaman masing-masing,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata APM turut menghulurkan bantuan kit makanan kepada keluarga yang terjejas.

TANGKAP layar video tular keadaan bumbung sebuah rumah yang tercabut dilanda ribut di di kawasan Kampung Balok dan Taman Balok Baru, Kuantan Pahang petang semalam..

Katanya susulan bencana banjir pula, seramai 57 mangsa daripada 13 keluarga hari ini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan KRT Taman Murni Sungai Isap setakat 10.50 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan di tiga daerah di Pahang iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin.

Laman sesawang rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran pula melaporkan tiga sungai di Pahang kini berada di paras amaran dengan dua di Kuantan iaitu Sungai Belat di Sri Damai dan Sungai Kuantan di Pasir Kemudi selain Sungai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1254
Kongsi :
Previous post Tembak anak sebelum bunuh diri
Next post Mangsa banjir di Kuantan meningkat
Ubah saiz-+=