
697 kes positif baharu, angka kedua tertinggi di Melaka
AYER KEROH 31 Julai – Kes positif baharu COVID-19 di Melaka merekodkan sebanyak 697 kes sekali gus menunjukkan angka kedua tertinggi direkodkan sepanjang penularan itu di negeri ini.
Rekod terbabit menunjukkan kedua tertinggi selepas Melaka menerima 835 kes positif dilaporkan pada 10 Julai lalu.
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kenyataannya berkata, 697 kes di Melaka hari ini sekali gus menggenapkan pertambahan kepada 17,786 kes keseluruhan baharu di negara setakat ini.
Dalam rekod itu, Selangor dicatatkan masih tertinggi dalam negara apabila sebanyak 6,400 individu disahkan positif COVID-19 diikuti Kuala Lumpur (1,962), Kedah (1,389), Johor (1,144), Sabah (1,035), Negeri Sembilan (929).
Terengganu (883), Perak (775), Pulau Pinang (713), Melaka (697), Pahang (653), Kelantan (580) Sarawak (485), Putrajaya (116), Perlis (16) dan Labuan (9).
Berita lanjut menyusul
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...