6,800 peserta terlibat perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67

Masa Membaca:50 Saat

AYER KEROH 23 Ogos – Kira-kira 6,800 peserta mewakili 135 pasukan akan menyertai acara perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Melaka di Persiaran Jalan Merdeka (Jalan Tun Khalil Yaakob) pada 31 Ogos ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata penganjuran sambutan di lokasi baharu nanti dijangka akan memberikan lebih keselesaan kepada pengunjung.

“Lokasi berkenaan lebih luas selain lebih sistematik berbanding lokasi lama yang mana peserta akan masuk dan keluar mengikut jalan berbeza.

“Setakat ini semua pasukan mengambil bahagian sedang giat melakukan persediaan. Seperti tahun lepas, kita adakan pertandingan kawad kaki terbaik; pakaian terbaik dan pelbagai lagi,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Shadan berkata, MBMB juga mengadakan perbincangan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM)berkaitan penutupan dan lencongan laluan sempena sambutan itu nanti.

“Pada minggu hadapan, kita akan paparkan dan buat pemakluman berhubung laluan terbabit. Laluan berkenaan akan dibuka semula selepas selesai acara sambutan kira-kira jam 12 tengah hari,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1309
Kongsi :
Previous post Regu takraw lelaki Melaka raih emas
Next post Melaka rangkul emas antara regu sepak takraw
Ubah saiz-+=