Sorting by

×

66 PASUKAN COMBI AKTIF CEGAH WABAK DENGGI DI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

SERI NEGERI 30 Disember – Sebanyak 66 pasukan ‘Communication for behavioral impact’ (COMBI) aktif menjalankan aktiviti mencegah penularan wabak denggi seluruh Negeri Melaka.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata COMBI merupakan jawatankuasa sukarelawan ditubuhkan di lokaliti bagi menyokong dan membantu kawalan pencegahan demam denggi.

“Mengikut pecahan daripada jumlah tersebut, 27 pasukan sukarelawan COMBI AKTIF di daerah Melaka Tengah; 17 daerah Alor Gajah dan 22 di daerah Jasin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Zulkiflee Mohd Zin (BN- Taboh Naning) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Dalam pada itu Hee Sem berkata sehingga 3 Disember 2024, terdapat empat lokaliti di negeri ini yang dijalankan pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia.

“Lokaliti berkenaan adalah Taman Bemban Jaya, Jasin; Pangsapuri Taman Tasek Utama, Melaka Tengah; Perumahan Tentera Desa Taming Sari, Melaka Tengah dan Pangsapuri Sri Utama, Melaka Tengah,” katanya.

Hee Sem turut menjawab soalan tambahan daripada Tuminah Kadi@Hashim (BN-Pantai Kundor) mengenai pemilihan lokaliti pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia.

“Antara faktor diambil kira bagi pelepasan adalah lokaliti tersebut mencatatkan peningkatan kes dan wabak denggi setiap tahun; kedudukan lokaliti berkongsi kawasan umum dan berisiko tinggi mendapat jangkitan demam denggi; tempat pembiakan Aedes kekal pada struktur bangunan.

“Terdapat kepadatan populasi nyamuk Aedes ‘Aegyti’ yang tinggi atau melebihi 40 peratus dan penduduk kurang memberikan kerjasama menyebabkan liputan semburan kabus (fogging) dalam rumah adalah minima,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

109
Kongsi :
Previous post 12 USAHAWAN DAPAT MANFAAT SEWA SETAHUN PERCUMA DI PULAU MELAKA
Next post WABAK DENGGI DI MELAKA MENINGKAT 82.3 PERATUS
Ubah saiz-+=