
Adik ADUN Serkam meninggal dunia
SERKAM 5 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam Datuk Zaidi Attan berkongsi berita duka atas kehilangan adiknya Allahyarham Zuber Attan, 49, yang disahkan meninggal dunia jam 12 tengah hari semalam.
Menerusi perkongsian di Facebook rasminya Zaidi yang juga EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar memaklumkan jenazah adiknya selamat dikebumikan pada Jam 11.30 malam tadi.
“Maafkan beliau sekiranya ada salah silap semasa hayatnya,” katanya.

Sulaiman Md Ali meluangkan masa menziarahi jenazah yang dibawa pulang ke rumah keluarga di Kampung Umbai.
Pemimpin utama negeri Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam yang diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali turut meluangkan masa menziarahi jenazah yang dibawa pulang ke rumah keluarga di Kampung Umbai.
Tun Mohd Ali dan Sulaiman turut bersama-sama menunaikan solat jenazah sebelum jenazah Zuber dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.
Dimaklumkan, Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Serkam yang dijadual pada Sabtu ini (7 Mei) juga bakal ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...