Sorting by

×

62 tahun MAIM kekal relevan

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

BANDA HILIR 16 Disember – Sepanjang 62 tahun Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui pelbagai tranformasi dan perubahan bagi memastikan organisasi itu kekal relevan mengikut perkembangan serta kehendak semasa.

Timbalan Pengerusi MAIM Datuk Wira Md Rawi Mahmud berkata, selain merangkul pelbagai anugerah dan kejayaan, MAIM turut melakukan inovasi bagi menambah baik sistem penyampaian dari semasa ke semasa.

Md Rawi berkata, antara transformasi dilakukan adalah membabitkan struktur organisasi, kepimpinan, sumber manusia, fungsi dan produk perkhidmatan termasuk khidmat perundangan.

“Saya meminta seluruh warga MAIM untuk terus berinovasi seiring dengan peredaran zaman. Jangan tutup pintu kearah pembaharuan jika ia menguntungkan dan tidak bertentangan dengan hukum syarak.

“Malah baitulmal juga perlu memainkan peranan lebih aktif dan proaktif dalam aktiviti pembangunan masyarakat serta pembasmian kemiskinan hingga ke akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali sempena Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sambutan Penubuhan MAIM Ke-62, di Masjid Kampung Hulu, di sini, semalam.

Katanya bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap kewibawaan sistem kutipan zakat, MAIM perlu sentiasa mengambil langkah penambahbaikan dengan mempermudahkan prosedur pembayaran.

Berikutan itu beliau berharap penggunaan teknologi dioptimumkan menerusi promosi di media sosial selain melaksanakan penguatkuasaan yang berkesan.

Selain itu katanya kajian dari semasa ke semasa juga perlu dilaksanakan bagi menambahbaik pelaksanaan agihan dana zakat.

“Besar harapan semua agar kepimpinan MAIM dapat memainkan peranan dalam membantu golongan memerlukan bantuan. Masih ada segelintir asnaf tidak tahu mengenai bantuan disediakan kepada mereka.

“Semua peringkat kepimpinan terutamanya di kampung dapat menyebar luas maklumat tentang bantuan dan produk disediakan MAIM.

“Selain itu saya juga berharap semua yang boleh membayar zakat untuk laksanakan tanggungjawab masing-masing. Jumlah kutipan meningkat lebih ramai golongan memerlukan kita dapat bantu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2148
Kongsi :
Previous post PDRM nafi beri kebenaran perhimpunan solidariti tuntutan bersasar KWSP 2.0
Next post Tanah runtuh: Saksi dengar bunyi kuat sebelum lihat tapak khemah ditimbus tanah
Ubah saiz-+=