Sorting by

×

600 TELUR, JUADAH BERBUKA SANTUNI ORANG FELDA BUKIT SENGGEH

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

ASAHAN 23 Mac – Sebanyak 600 pek telur dan juadah berbuka berupa bubur caca berserta air telah diagihkan kepada masyarakat di sekitar Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh, di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, agihan itu diadakan bersempena program Cahaya Ramadan anjuran Pemuda UMNO Asahan bersama Telekom Malaysia (TM).

Beliau yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri memaklumkan, sumbangan itu bertujuan menyantuni masyarakat kampung, selain ia juga merupakan sebahagian inisiatif berkongsi rezeki bersama penduduk sekitar sempena Ramadan.

“Terima kasih diucapkan kepada Yayasan TM yang telah menaja program ini dengan kerjasama Japerun Asahan.

“Inisiatif seperti ini bukan sahaja membantu meringankan beban masyarakat, tetapi juga mengeratkan hubungan silaturahim apabila semua termasuk masyarakat setempat bergotong-royong menyiapkan juadah sebelum diagihkan.

“Agihan sumbangan ini bukan sahaja membabitkan pengguna jalan raya, bahkan ia turut diagihkan ke 448 buah rumah dalam felda ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas program berkenaan.

Hadir sama, Pengurus Besar Negeri TM Wilayah Selatan, Yusof Omar.

Sementara itu, Yusof memaklumkan, Yayasan TM bersama Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia telah memperuntukkan sejumlah RM65,000 bagi menganjurkan lima program Cahaya Ramadan di Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

34
Kongsi :
Previous post KETUA MENTERI CADANG WUJUDKAN ANUGERAH TIKTOK MELAKA
Next post 500 KHATAM AL-QURAN DI AYER LIMAU