
60 atlet JPN Melaka masuk gelanggang Kejohanan Sukan Pendaftaran Malaysia
AYER KEROH 9 Ogos – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka menghantar 60 atlet bagi menyertai Kejohanan Sukan Pendaftaran Malaysia di Terengganu dari 15 hingga 18 Ogos ini.
Pengarah JPN Negeri Melaka, Norazle Sulaiman berkata kejohanan itu secara keseluruhan melibatkan seramai 1,000 atlet seluruh negara.
“JPN Melaka mengambil bahagian dalam 11 acara pada kejohanan terbabit yang antaranya futsal, ping pong, bola jaring, bola tampar dan pelbagai sukan ‘indoor’.
“Kita tidak meletak sasaran pingat dan hanya mengharapkan kesemua atlet pergi serta pulang dengan selamat,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Hari Bertemu Pelanggan Bil 8/2024 dan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Melaka Tahun 2024 yang dirasmikan oleh Exco Belia, Sukan dan NGO negeri VP Shanmugam di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), semalam.
Pada program terbabit, Shanmugam turut menyerahkan bendera Melaka kepada wakil kontinjen yang akan beraksi pada kejohanan tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH RM370,000 DISALURKAN UNTUK SUMBANGAN IHYA RAMADAN PARLIMEN KOTA MELAKA
TELOK MAS 19 Mac - Sebanyak RM378,000 disalurkan Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi sumbangan Ihya' Ramadan...
TREND BELI ‘ONLINE’ TIDAK JEJAS PENIAGA BAZAR KLEBANG
KLEBANG 19 Mac - Walaupun trend pembelian dalam talian yang kini menjadi kegilaan rakyat Malaysia, namun ia tidak menjejaskan peniaga...
BOMBA SELAMAT DUA BERADIK TERKUNCI DALAM KERETA
MERLIMAU 19 Mac - Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau berjaya menyelamatkan dua beradik yang terkunci di...
MPJ PRIHATIN, SANTUNI PESARA MENJELANG AIDILFITRI
JASIN 19 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menzahirkan keprihatinan terhadap bekas kakitangannya menerusi program MPJ Santuni Pesara menjelang musim...
PINTU MASUK AYER KEROH ‘BERCAHAYA’ SAMBUT KEPULANGAN ANAK RANTAU
AYER KEROH 19 Mac - Pintu masuk Ayer Keroh akan dihiasi dengan pelbagai lampu berwarna-warni bagi menyambut kepulangan anak rantau...
KEMBARA RAMADAN KAK SOM SANTUNI WANITA
PENGKALAN BATU 19 Mac - Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Wanita Hang Tuah Jaya telah menganjurkan Kembara Ramadan 2025...