
59,548 rakyat Melaka terima vaksin COVID-19 – Sulaiman
TANGGA BATU 9 Jun – Seramai 59,548 rakyat Melaka selesai menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi dos pertama dan kedua setakat hari ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak 8.49 peratus rakyat di negeri ini.
“Walaupun nampak masih rendah, namun pemberian vaksin itu mengikut jumlah rakyat yang ada di Melaka.
“Setakat 7 Jun bagi dos satu fasa pertama telah selesai sebanyak 100.58 peratus, manakala dos kedua sebanyak 99.25 peratus.
“Bagi fasa kedua dos pertama setakat hari ini telah selesai sebanyak 36,507 dan dos kedua pula sebanyak 11,279,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan di rumah anak yatim enam beradik di sini, hari ini.
Jelas Sulaiman bagaimanapun pihaknya meminta supaya pemberian vaksin ditingkatkan kerana kadar kebolehjangkitan di Negeri Melaka tinggi.
“Untuk makluman saya meminta pihak Kementerian Kesihatan menambah vaksin kerana kebolehjangkitan di Melaka agak tinggi.
“Selagi apa jenis vaksin itu diiktiraf, maka saya kata mana-mana vaksin bolehlah dihantar ke Negeri Melaka,” katanya yang menyasarkan 70 peratus rakyat Melaka bakal menerima vaksin COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...