58 lokasi sampah haram di Melaka dipantau

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

PAYA RUMPUT 19 September – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri akan memantau 58 tapak pelupusan sampah haram secara keseluruhan di negeri ini.

Pengarahnya, Khairuladha Ab Mutalib berkata daripada jumlah itu sebanyak 14 lokasi telah dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ termasuk di kawasan perindustrian Krubong bagi kegiatan terbabit.

Katanya, hasil pemantauan dan operasi berterusan yang dilakukan, aktiviti pembuangan sampah haram di lokasi itu dilihat semakin terkawal.

“Sebanyak 58 kawasan disekitar Negeri Melaka kita telah kenal pasti sebagai lokasi tapak sampah haram namun ia bukan lokasi panas kerana berdasarkan hasil pantauan lokasi tersebut adalah lokasi yang kuantiti berulang adalah sedikit.

“Dan sebanyak 14 lokasi panas telah dikenal pasti sering berlaku pembuangan sampah haram secara berulang namun pihak SWCorp sentiasa memantau dengan penguatkuasaan yang rapi.

“Sekiranya ditangkap, individu atau pihak terbabit didapati melakukan kesalahan melonggokkan sampah secara haram boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 71 (1), Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

“Dimana jika sabit kesalahan boleh didenda minimum RM 19,000 dan maksimum RM100,000 atau minimum penjara enam bulan atau maksimum penjara lima tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Majlis Perasmian Projek Inovasi di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Minyak 2, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Khairuladha berkata pihaknya turut bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk menjadikan tapak pelupusan sampah di Krubong sebagai salah satu lokasi tumpuan, selain diangkat menjadi tapak taman perumahan.

Katanya, ia berikutan lokasi tersebut sehingga kini masih menjadi antara lokasi tapak sampah haram.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3304
Kongsi :
Previous post Lebuhraya SUKE rekod kemalangan pertama
Next post Alor Gajah bakal jadi bandar koko pertama dalam negara
Ubah saiz-+=